Anda di sini

Operasi cari wanita dikhuatiri dibaham buaya

Advertisement
 Anggota bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa dibaham buaya.
OPERASI: Anggota bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa dibaham buaya.

BELURAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang dilapor dibaham buaya di Sungai Kampung Banang, dijalankan bermula semalam.
 
Ketua balai Bomba dan Penyelamat Beluran Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rastam Keladi berkata, mangsa dikenali sebagai Peredot Kanon, 62, dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya.  

Beliau berkata pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.30 pagi semalam.   

"Laporan itu diterima dari Balai Polis Sungai-Sungai berhubung kes mangsa disyaki dibaham buaya," katanya.

Beliau berkata, lima anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Arsad Kadir bersama sebuah kenderaan Pajero dan sebuah bot bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 182 kilometer.

"Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan di sekitar kawasan mangsa hilang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement