Anda di sini

Tindakan pantas bomba elak kebakaran merebak

Advertisement
 Sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Batu Putih Sandakan.
TERBAKAR: Sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Batu Putih Sandakan.

SANDAKAN:  Tindakan pantas bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Batu Putih, Jalan Airport sekaligus berjaya menyelamatkan api daripada merebak ke rumah penduduk berhampiran.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu melalui talian MER999 kira-kira jam 9.06 malam.

“Dua buah jentera bomba dan sebuah lori tangki bomba bersama 11 anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Syamzari Banah bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata jarak tempat kejadian terletak sejauh 17 kilometer dari Balai Bomba Sandakan.

“Sebaik tiba di lokasi kebakaran, Komander Operasi melaporkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 30x60 kaki persegi telah terbakar 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata pihaknya dapat mengawal api dari merebak ke rumah-rumah berhampiran dalam masa 12 minit dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.04 malam.

 Norizal (dua kanan) bertanya sesuatu kepada anggota keluarga mangsa terlibat dalam kebakaran.
SELAMAT: Norizal (dua kanan) bertanya sesuatu kepada anggota keluarga mangsa terlibat dalam kebakaran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan lapan sekeluarga yang tinggal di rumah dapat menyelamatkan diri," katanya.

Jimmy berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian.
 
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga Norizal Husin yang berada di lokasi kebakaran malam kelmarin telah bertemu dengan anggota keluarga yang terlibat dengan kebakaran itu.

Beliau yang bersimpati dengan kejadian yang menimpah keluarga berkenaan telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada ketua keluarga terlibat.

  • oleh
  • Advertisement