Anda di sini

Sabah rekod dua lagi kes baharu COVID-19

Advertisement
 Dua kes baharu COVID-19 dikesan di daerah Tuaran.
COVID-19: Dua kes baharu COVID-19 dikesan di daerah Tuaran.

KOTA KINABALU: Dua kes baharu COVID-19 yang dikesan pada 23 Jun dikategorikan sebagai jangkitan tempatan yang juga kontak serumah kes ke-360.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, kedua-dua kes terbabit didapati positif COVID-19 melalui aktiviti pencarian kontak kes.

Menurutnya, penambahan dua kes di daerah Tuaran itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah sebanyak 366 kes.

"Kedua-dua kes ini dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan aktiviti kawalan dan pencegahan giat dijalankan Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran.

"Sehingga 23 Jun, sebanyak sembilan kes masih dirawat di hospital dan sebanyak 350 kes lagi dilaporkan sembuh," katanya dalam kenyataan di sini.

Christina berkata, seramai 1,371 orang masih aktif menjalani kuarantin di rumah dan 53,304 orang lagi tamat kuarantin.

Katanya, sebanyak 12 pusat kuarantin masih aktif membabitkan seramai 260 orang manakala seramai 13,588 orang lagi tamat kuarantin.

Beliau berkata, pada 22 Jun, jumlah kumulatif ujian COVID-19 di Sabah sebanyak 115,748 dan daripada jumlah itu, dua sampel yang dikesan positif adalah kes baharu.

  • oleh
  • Advertisement