Anda di sini

Pasar malam Api-Api mula dibuka 27 Jun

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: Pasar malam Api Api di Jalan Gaya di sini yang ditutup operasinya sejak tiga bulan lepas bakal dibuka semula kepada umum pada 27 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew berkata, operasi pasar berkenaan bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

Menteri Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar ini berkata, pembukaan semula pasar malam itu bakal dimeriahkan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan oleh kumpulan penari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan hiburan daripada kumpulan busker.

Menurutnya, penjaja sedia ada yang berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dinasihatkan untuk menghubungi pihak DBKK jika berminat untuk memulakan semula perniagaan di pasar malam Api-Api.

"Kita turut mengingatkan orang awam yang mengunjungi pasar malam ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Mayor DBKK Datuk Nordin Siman dan Setiausaha Tetap kementeriannya Dr. Jamili Nais antara tetamu jemputan yang akan hadir ke majlis pembukaan semula pasar malam Api-Api.

Katanya, para peniaga boleh menghubungi Ketua Bahagian Lesen Penjaja dan Pasar DBKK Adi Herman Karim di talian 019-266 1813 atau Jaraiman (016-850 0673) untuk maklumat lanjut.

  • oleh
  • Advertisement