Anda di sini

Lelaki warga emas maut, motosikal langgar belakang lori

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa di lokasi kejadian.
KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa di lokasi kejadian.

KUNAK: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar belakang lori di Kilometer 12 Jalan Kunak-Tawau di sini.

Ketua Polis Daerah Kunak Suprerintendan Baharin Md Tahir berkata, mangsa dikenali Labea Lakulele, 62, maut di lokasi kejadian kira-kira jam 6.20 pagi.

"Mangsa maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala dan dalaman dan telah dihantar ke Hospital Kunak," katanya.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah lori yang turut memuatkan seorang penumpang dari arah Tawau menuju Lahad Datu telah berhenti apabila sebuah lori di hadapannya berhenti.

Katanya, kedua-dua lori itu berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan untuk bergerak kerana terdapat sebuah lagi lori yang rosak di kedudukan laluan kanan jalan dari arah Lahad Datu.

"Secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal telah terlanggar bahagian belakang lori hingga menyebabkan mangsa maut di situ akibat kecederaan yang dialaminya," katanya.

Menurut beliau, sampel darah pemandu dan mangsa telah diambil untuk ujian mabuk akibat kandungan alkohol.

Katanya, siasatan seterusnya mendapati mangsa tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan kes diklasifikasi dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya.

  • oleh
  • Advertisement