Anda di sini

Lelaki dipenjara 80 bulan, 10 kali sebatan

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 80 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan kelmarin atas kesalahan memiliki dadah.

Muhamad Hazuan Bunot, 22, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari 17 Oktober 2018.

Hakim Indra Haji Ayub menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh kerana memiliki sejumlah 49.96 gram dadah Methamphetamine lebih kurang jam 12.05 tengah malam pada 17 Oktober 2018 di hadapan Jambatan 24, Kampung Sim-Sim, Sandakan.

Tertuduh yang diwakili oleh Peguam, Rowiena Rasid disabitkan kesalahan selepas perbicaraan penuh berlangsung pada 18 Jun 2020 di Mahkamah Sesyen Sandakan.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mark Kenneth Netto telah memanggil lima orang saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2)(r) akta sama.

  • oleh
  • Advertisement