Anda di sini

Bekas pekerja Yayasan Nurul Yaqeen, suami didakwa

Advertisement
 Bekas eksekutif Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mimi Khairani (dua kanan), didakwa bersama suaminya Mohd Shaufik (tiga kiri) di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam atas 20 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yayasan itu berjumlah RM658,769.19. — Gambar Bernama
DIDAKWA: Bekas eksekutif Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mimi Khairani (dua kanan), didakwa bersama suaminya Mohd Shaufik (tiga kiri) di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam atas 20 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yayasan itu berjumlah RM658,769.19. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif sebuah yayasan amal, Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) didakwa bersama suaminya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam masing-masing atas tiga dan 20 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yayasan itu berjumlah RM658,769.19.

Mimi Khairani Baharudin, 35, dan suaminya, Mohd Shaufik Ariffin, 37, bagai-manapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mimi Khairani yang sedang hamil lima bulan menghadapi tiga pertuduhan manakala suaminya didakwa atas 20 pertuduhan.

Mahkamah membenarkan Mimi Khairani diikat jamin RM105,000 manakala RM700,000 bagi Mohd Shaufik, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Norizawani Ahmad Jalaludin. — Bernama

Advertisement