Anda di sini

Tiga strategi bangun ekonomi pasca COVID-19

Advertisement
DR FARY
DR FARY

Langkah Perbadanan Labuan gerakkan pelbagai sektor ekonomi, bantu peniaga setempat

LABUAN: Perbadanan Labuan meletakkan tiga strategi utama untuk mengunjur perkembangan ekonomi pulau bebas cukai ini pada era pasca COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata tiga strategi itu melibatkan strategi jangka masa pendek, strategi jangka masa sederhana dan strategi jangka masa panjang.

"Setiap strategi itu memiliki tempoh masing-masing sebagai sasaran pencapaian pelaksanaan," katanya pada Khamis.

Menurut Fary, Strategi Jangka Masa Pendek diletakkan dalam tempoh Jun-Disember 2020, Strategi Jangka Masa Sederhana (Jun 2020 -Jun 2021) dan Strategi Jangka Masa Panjang (Jun 2020 -Disember 2021).

Fary menjelaskan dalam Strategi Jangka Masa Pendek , usaha dijalankan untuk memudah kalangan peniaga kecil memperkembang perniagaan, mengisi peluang pekerjaan dalam sektor usahawan digital, mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor perbankan serta industri minyak dan gas.

Dalam Strategi Jangka Masa Sederhana, Fary menjelaskan tumpuan diberikan kepada pembangunan projek-projek kecil luar bandar, menyediakan latihan industri dan digital untuk menggerak sektor perkhidmatan pelancongan serta menaik taraf produk industri kecil dan sederhana.

Manakala Strategi Jangka Masa Panjang, katanya menumpukan kepada pelaksanaan projek-projek baharu di bawah RMK12, pembangunan Tapak Geopark Labuan, membangun projek pelancongan Geopark dan memperkenal Pusat Astronomi Termoden.


 

  • oleh
  • Advertisement