Anda di sini

Masyarakat perlu patuhi SOP

Advertisement
SIGAR
SIGAR

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu mematuhi SOP walaupun kerajaan memberikan pelbagai kelonggaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Sigar Jitar, Pengerusi PDM UPKO Kampung Penimbawan Tuaran.

Beliau berkata, sikap masyarakat yang kurang peduli terhadap SOP yang diarahkan kerajaan akan dikhuatiri menjadi penyebab kepada penularan wabak COVID-19 yang setakat ini belum ditemui vaksinnya.

Sigar yang juga Setiausaha Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Penimbawan berkata hasil pemerhatiannya rakyat masih kurang mematuhi SOP ketat yang dilaksanakan seperti mengelak berada di tempat yang sesak, tiada penjarakan sosial dan sebagainya.

Menurutnya, arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan 3 W (wash) kerap mencucitangan dengan air dan sabun, W(wear) pakai pelitup muka di tempat awam/ jika bergejala dan (warn) mematuhi amaran peringatan dari KKM.

Katanya, hanya melalui kerjasama masyarakat secara menyeluruh kes wabak COVID-19 dapat dinyahkan dan dihentikan rantaiannya.

Ketika dihubungi Utusan Borneo, Sigar bagaimanapun menyifatkan keputusan kerajaan memperkenalkan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos  bagi menggantikan PKPB adalah sesuatu yang dinantikan oleh masyarakat bagi memulakan kelaziman baharu dalam kehidupan mereka.



 

  • oleh
  • Advertisement