Anda di sini

Rakyat yakin PKPP beri permulaan kehidupan norma baharu

Advertisement
PETER MAK
PETER MAK

LABUAN: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang Ahad mampu menjadi jalan keluar kepada rakyat negara ini menuju kepada kehidupan norma baharu.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Peter Mak berkata, pengumuman PKPP sehingga 31 Ogos sebagai kelanjutan PKP Bersyarat (PKPB) memberi kelegaan kepada kalangan rakyat.

“Rakyat Malaysia kini merasa bahawa kehidupan mereka sudah beranjak ke tahap pemulihan dari tahap membimbangkan sebelum ini dan sedang bergerak ke arah penghujung pandemik COVID-19,” katanya.

Peter yang juga Ketua Bahagian PBS Labuan berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa di sini untuk lawatan rasmi dua hari.

Menurutnya permulaan PKPP amat meyakinkan rakyat bahawa negara kini berada dalam tahap pemulihan berdasarkan langkah-langkah membendung wabak yang diusahakan kerajaan selama ini menampakkan keberkesanan.

Peter yang juga mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berkata, rakyat yakin bahawa PKPP sedang membawa kepada ‘exit strategy’ kerajaan yang terancang dan berkesan sehingga vaksin dihasilkan.


 

  • oleh
  • Advertisement