Anda di sini

Dua adik-beradik kes baharu di Tuaran

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: Dua kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di daerah Tuaran pada 7 Jun 2020 membabitkan pasangan adik-beradik.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, kedua-dua kes berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan melibatkan adik-beradik yang tinggal serumah.

Katanya, kes adalah kontak rapat kepada kes positif sebelum ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Hasil siasatan awal menunjukkan kemungkinan jangkitan dari aktiviti luar selepas kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kedua-dua kes dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan aktiviti kawalan dan pencegahan dipertingkatkan di lokasi lain yang dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, sehingga 7 Jun 2020, Sabah merekodkan sebanyak 353 kes COVID-19 termasuk 10 kes yang masih menjalani rawatan.

Christina berkata, sebanyak lapan premis makanan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu PKP pada 6 Jun membabitkan dua restoran di Tawau dan enam di Lahad Datu.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 854 premis diperiksa di seluruh Sabah sepanjang Operasi Bersepadu PKP dilaksanakan.


 

  • oleh
  • Advertisement