Anda di sini

Tiga rumah terbakar, tiga keluarga hilang tempat tinggal

Advertisement
 Pasukan bomba memeriksa kawasan kejadian bagi memastikan kebakaran terkawal sepenuhnya.
MUSNAH: Pasukan bomba memeriksa kawasan kejadian bagi memastikan kebakaran terkawal sepenuhnya.

NABAWAN: Tiga buah rumah di Kampung Simatuoh dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5 pagi Ahad.

Kejadian terbabit mengakibatkan tiga keluarga melibatkan enam individu hilang tempat tinggal.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan satu jentera bomba selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 pagi.

Bertindak atas maklumat dan keadaan di lokasi kejadian, pasukan bomba memadamkan api menggunakan satu aliran pancutan air sumber tangki jentera bomba untuk mengawal kebakaran.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 8.19 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

  • oleh
  • Advertisement