Anda di sini

Seorang lelaki dikhuatiri hilang di laut

Advertisement
 Perahu mangsa  (gambar kecil) ditemui berpusing-pusing di laut.
DITEMUI : Perahu mangsa  (gambar kecil) ditemui berpusing-pusing di laut.

TAWAU: Seorang lelaki dilaporkan hilang di Teluk Cowie semasa dalam perjalanan menuju ke Sungai Melayu Pulau Sebatik dari Tanah Besar Tawau, malam tadi.

Mangsa dilaporkan bergerak ke Sungai Melayu bersendirian sebelum perahunya dijumpai berusing-pusing di kawasan laut tersebut oleh pihak Pasukan Polis Marin (PPM).

Adik Mangsa, Ismail Sabran ketika dihubungi berkata abangnya semalam bergerak ke Sungai Melayu sebelum beliau diberitahu oleh pihak PPM perahu mangsa dijumpai di laut tersebut.

Beliau sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan turut turun ke laut untuk membantu mempercepatkan misi mencari.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah (4) Tawau Deputi Superintenden Mohd Nazari Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pasukannya yang bertugas menjalankan rondaan Ops Benteng COVID-19 telah menjumpai sebuah bot berpusing-pusing di kawasan Teluk Cowie tanpa juragan pada jam 5.50 pagi, semalam.

"Hasil pemeriksaan tidak terdapat barang-barang salah di dalam bot hanya sebuah beg galas berwarna hitam berisi dokumen diri dan wang berjumlah RM13.

"Buat masa ini pihak kami sedang menjalankan tugas mencari dan menyelamat. Laporan akan menyusul selepas selesai penugasan, manakala perahu terbabit dibawa ke Pangkalan Marin Tawau," katanya.

  • oleh
  • Advertisement