Anda di sini

Pelanggan redONE berpeluang memenangi setahun langganan percuma

Advertisement
 

KUCHING: redONE Network Sdn Bhd (redONE), sebuah syarikat Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) Pascabayar memberikan setahun langganan pascabayar percuma melalui kempen ‘We Pay Your Bill!’

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, kempen redONE ‘We Pay Your Bill!’ bermula 1 hingga 30 Jun ini dibuka kepada semua pelanggan baharu, port-in (MNP).

“Begitu juga pelanggan sedia ada, yang menambah talian tambahan dengan melanggan satu pelan redONE Postpaid dengan bayaran bulanan minimum RM38 sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Hadiah untuk kempen ini ialah setahun langganan percuma untuk talian redONE Postpaid mereka.

“redONE akan memberikan dua hadiah setiap hari pada bulan Jun. Pelanggan yang terpilih akan dihubungi dan perlu menjawab satu soalan mudah untuk menang,” katanya semalam.

Sebagai pemenang harian, pelanggan tersebut akan mendapat satu langganan tahunan percuma untuk harga pelan asas selama setahun bermula Julai.

Pengumuman nama para pemenang akan dibuat di laman Facebook rasmi redONE @redONEMobile dan laman web redONE.com.my

Kempen itu juga dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk para pelanggan mengalami sendiri liputan rangkaian redONE yang meluas di seluruh negara, apabila mereka mendaftar dengan pelan pascabayar mampu milik iaitu Amazing38 dan Amazing58.

Pelan-pelan pascabayar tersebut telah diperbaharui dengan lebih data dan sesuai untuk pengguna data rendah dan tinggi.

“Amazing38 datang dengan 33GB data dan panggilan tanpa had, hanya RM38 sebulan sementara Amazing58 juga menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan jumlah data 60GB, hanya RM58 sebulan.

“Dengan pelan-pelan baharu ini, para pelanggan dapat menikmati lebih penjimatan terutama dalam keadaan yang mencabar sekarang,” tambahnya.

Pengguna yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini atau ingin mendaftar pelan redONE Postpaid, boleh melawati cawangan redONE terdekat atau kedai rakan niaga di seluruh negara atau layari redONE.com.my

Advertisement