Anda di sini

Belasah adik, enggan beri wang

Advertisement
 

KUCHING: Gara-gara tidak diberikan wang, seorang lelaki mengamuk serta membelasah adik angkatnya di rumah mereka di Batu 22 Jalan Kuching-Serian pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku sekitar jam 1 tengah hari apabila mangsa yang berumur 41 tahun enggan menuruti permintaan abangnya itu.

Menurutnya, ini bukan kali pertama suspek yang berumur 47 tahun ini membelasah adiknya.

"Semasa kejadian suspek turut bertindak memukul mangsa menggunakan batang paip jenis PVC menyebabkan lebam di paha, badan, lengan serta kepala mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aidil selain itu memberitahu suspek ditangkap pada hari yang sama, sekitar 4.45 petang.

"Semasa ditahan, suspek mengaku bertengkar dan memukul mangsa menggunakan paip PVC," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement