Anda di sini

COVID-19: Sifar kes positif dilaporkan, 10 kes sembuh di Sarawak

Advertisement
Infografik JPBNS

KUCHING: Tiada kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Sarawak, sementara 10 kes telah sembuh dan discaj dari hospital, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan menjelaskan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat ini kekal 552 kes.

"Dimaklumkan juga terdapat 10 kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini. Daripada 10 kes tersebut, dari Hospital Umum Sarawak adalah tiga kes, Hospital Sibu (tiga kes), Hospital Bintulu (dua kes) dan Hospital Miri (dua kes)," menurut jawatankuasa, hari ini.

Sementara itu, hari ini juga jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang sembuh dan discaj seramai 486 orang atau 88.04 peratus.

Secara keseluruhan terdapat 48 kes masih dirawat di hospital dengan satu kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala bagi orang yang disyaki (PUI), sebanyak 76 kes PUI baru dilaporkan dan 166 kes masih menunggu ujian makmal.

"Pada hari ini juga, terdapat 129 kes orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin.

"Ia menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 38 buah hotel adalah seramai 666 orang," kata jawatankuasa.

Sementara lima daerah di negeri ini masih dikategorikan sebagai zon kuning, iaitu Kuching, Samarahan, Mukah, Bintulu dan Serian.

Manakala 35 daerah dikategorikan sebagai zon hijau.

  • oleh
  • Advertisement