Anda di sini

Pemandu lori sawit maut terbabas ke dalam paya

Advertisement
 Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori tersebut.
MAUT : Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori tersebut.

TAWAU : Seorang pemandu lori sawit maut selepas terbabas ke dalam paya di KL Kepong Mill 2, Jalan Tawau-Semporna, kira-kira jam 4.45 petang, di sini, kelmarin.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Zulbada Alior berkata, mangsa, Ahmad Lawila M Lakan, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasa berhubung kejadian itu pada jam 4.51 petang sebelum lapan anggota bersama dua  jentera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 56 kilometer.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati sebuah lori membawa muatan kelapa sawit terjunam ke dalam paya sedalam 10 meter dan  anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk lori tersebut," katanya dalam kenyatan media, di sini semalam.

Beliau berkata, sebaik anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada lori tersebut, pasukan perubatan mengambil alih  memeriksa keadaannya, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia akibat kecederaan serius di bahagian tubuh badannya.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.36 petang," katanya


 

  • oleh
  • Advertisement