Anda di sini

Nizam gesa kerajaan ambil perhatian masalah pusat kuarantin di Sabah

Advertisement
NIZAM
NIZAM

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menggesa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil perhatian terhadap masalah pusat-pusat kuarantin  di negeri Sabah yang kurang memuaskan.

Katanya, pusat kuarantin diwujudkan bertujuan mengasingkan individu berisiko dijangkiti COVID-19 atau menjangkiti individu  lain dalam usaha membendung penularan wabak itu termasuklah di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung, Tawau.

"Saya banyak menerima aduan daripada orang awam menyatakan rasa ketidakpuasan keadaan pusat kuarantin yang disediakan di  IPG Balung termasuk kemudahan asasnya kurang memuaskan, di mana bilik mandi serta tandas bercampur dengan lelaki dan wanita,  kotor, paip rosak dan tidak ada pembersihan dibuat.

"Bagaimana mahu memutuskan rantaian wabak sekiranya tahap kebersihan di pusat kuarantin sangat teruk dan saya difahamkan Penjarakkan sosial pun tidak ada," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Nizam berkata, pada persidangan DUN Sabah bulan April lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ada  menyatakan sebanyak RM200 juta disediakan untuk perlaksanaan projek-projek kecil bagi usaha-usaha menambah baik kualiti  liputan insfrastruktur termasuk untuk 39 pusat kuarantin yang diwartakan di Sabah.

“Saya memohon kerajaan negeri supaya menggunakan peruntukkan itu untuk menambah baik pusat kuarantin IPG Balung dan saya  juga mencadangkan supaya memilih beberapa hotel di Tawau untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin," katanya lagi

  • oleh
  • Advertisement