Anda di sini

Junz rakam penghargaan kepada STIA hulur bantuan untuk disumbangkan

Advertisement
 Tan Peng Juan (kanan), bersama Ong Huang Peng (dua dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada Junz Wong (t'shirt hitam), dan Nicholas Chak (kiri).
SERAH SUMBANGAN: Tan Peng Juan (kanan), bersama Ong Huang Peng (dua dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada Junz Wong (t'shirt hitam), dan Nicholas Chak (kiri).

KOTA KINABALU: 200 pek makanan sumbangan Persatuan Industri Kayu Sabah telah diserahkan kepada Datuk Junz Wong pada hari Khamis.

Di Lintas, Datuk Junz Wong yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, sumbangan dari Persatuan Industri Kayu Sabah (STIA) cawangan Kota Kinabalu amat dialu-alukan.

"200 pek yang disumbangkan oleh Persatuan Industri Kayu Sabah (STIA) cawangan Kota Kinabalu akan diagihkan kepada anggota Rela, nelayan, penerima upah harian, pekerja-pekerja sambilan masa dan penduduk Sabah yang terputus pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pek-pek makanan ini mengandungi beras, minyak masak, mi, mihun, mi segera, sardin, tepung, garam dan kicap soya.

"Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Industri Kayu Sabah cawangan Kota Kinabalu, khususnya Pengerusinya Tan Peng Juan, Naib Pengerusinya Ong Huang Peng dan juga Nic Chak, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang telah memainkan peranan aktif melakukan kerja-kerja koordinasi.

"Saya bersyukur dan gembira melihat orang ramai, NGO, persatuan-persatuan, peniaga-peniaga dan sebagainya yang sudi tampil ke depan menyumbang wang, bantuan dan tenaga. Ini menunjukkan semangat saling bantu membantu amat subur dalam kalangan penduduk Sabah.

Sementara itu, Junz juga meyakinkan orang ramai bahawa bekalan makanan di Sabah mencukupi.

"Sabah tidak berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan. Bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah mencukupi, malah Sabah masih mampu mengeksport lebihan bekalan makanan ke Sarawak, Brunei dan Semenanjung Malaysia. Jadi orang ramai usah rasa cemas dan usah bimbang," jelasnya.

Advertisement