Anda di sini

25 mayat ditemui dalam kubur beramai-ramai di Mexico

Advertisement
 Bangunan yang belum siap dibina ini di sebuah ladang di El Salto, pinggir Guadalajara, ditemui menempatkan 25 orang dalam satu kubur beramai-ramai. — Gambar AFP
TRAGIK: Bangunan yang belum siap dibina ini di sebuah ladang di El Salto, pinggir Guadalajara, ditemui menempatkan 25 orang dalam satu kubur beramai-ramai. — Gambar AFP

GUADALAJARA: Mayat sekurang-kurangnya 25 orang ditemui dalam kubur beramai-ramai di luar bandar Guadalajara di barat Mexico, menurut pejabat pendakwa raya wilayah Jalisco kelmarin.

Kubur beramai-ramai itu ditemui Khamis lepas dan anggota pencari setakat ini telah mengeluarkan mayat 25 orang yang tidak dikenal pasti, termasuk lima beg yang dijangka turut mengandungi bangkai manusia, menurut pihak agensi dalam satu kenyataan.

Jiran tetangga menyatakan beberapa ekor anjing telah menemui tulang-tulang di ladang terbiar di pekan El Salto, selatan Guadalajara.

Mayat tersebut telah dipindahkan ke rumah mayat tempatan bagi pemeriksaan lanjut.

Pada tahun ini sahaja, 115 mayat telah ditemui di sekurang-kurangnya 10 kubur tersembunyi di Jalisco, kebanyakannya di luar Guadalajara, bandar kedua terbesar di Mexico.

Negara ini menjadi medan keganasan yang semakin meningkat sepanjang tempoh lima tahun lepas, dikaitkan dengan kartel dadah berkuasa Jalisco Nueva Generacion. — AFP

Advertisement