Anda di sini

UNIMAS guna PdP untuk semester baharu, elak pelajar masuk kampus

Advertisement
 Kadim semasa memberi ucapan ringkas kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing di DeTAR PUTRA, UNIMAS.
AMANAT: Kadim semasa memberi ucapan ringkas kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing di DeTAR PUTRA, UNIMAS.

KOTA SAMARAHAN: Permulaan Semester 2 Sesi 2019/2020 bagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dijangka bermula pada 9 Jun 2020 akan diteruskan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata penggunaan PdP adalah selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum ini supaya kuliah secara dalam talian di Universiti Awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dijalankan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Kita tidak membenarkan pelajar kembali ke kampus kecuali dengan alasan tertentu seperti ketiadaan akses Internet untuk memulakan pengajian di kampung halaman,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan ringkas kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing di DeTAR PUTRA, UNIMAS, semalam.

Kadim menambah, PdP di UNIMAS akan menggunakan sistem eLEAP.

Selain untuk pelaksanaan kuliah dalam talian, sistem ini juga membolehkan pensyarah membekalkan kandungan-kandungan bahan pembelajaran dan merancang aktiviti PdP kepada pelajar masing-masing dari semasa ke semasa.

Beliau turut  menasihati pelajar IPT Zon Sarawak yang pulang ke kampung halaman supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti amalan penjarakan sosial serta pemakaian topeng mulut dan hidung.

Selain berharap, para pelajar mengurangkan pergerakan di luar dan hanya keluar membeli barang keperluan yang diperlukan sahaja bagi mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar.

Advertisement