Anda di sini

Kebocoran gas di loji kimia ragut 11 jiwa di timur India

Advertisement
 Anggota penyelamat memindahkan orang ramai selepas kebocoran gas di loji kimia                LG Polymers di pinggir bandar Visakhapatnam, India kelmarin. — Gambar AFP
CEMAS: Anggota penyelamat memindahkan orang ramai selepas kebocoran gas di loji kimia LG Polymers di pinggir bandar Visakhapatnam, India kelmarin. — Gambar AFP

VISAKHAPATNAM: Sebelas orang terbunuh dan beratus-ratus lagi dima-sukkan ke hospital selepas kebocoran gas pada awal subuh di sebuah loji kimia di timur India kelmarin yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan raya, kata pihak berkuasa.

Kebimbangan bahawa jumlah kematian akibat insiden di pinggir Visakhapatnam, sebuah bandar pelabuhan perindustrian di negeri Andhra Pradesh, mungkin meningkat dengan ketara bagaimanapun tidak dinyatakan.

Gas itu bocor dari beberapa tangki di sebuah kompleks yang dimiliki oleh LG Chem dari Korea Selatan yang te-lah menangguhkan operasi disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan untuk membendung COVID-19 di India.

Rakaman di saluran tele-visyen India menunjukkan orang ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak, tersembam tidak bergerak-gerak di atas jalan raya selepas penduduk tempatan memberikan amaran pada awal pagi.

“Terdapat keadaan sangat panik dan kekeliruan. Orang awam yang mengalami masalah pernafasan, mereka tercungap-cungap untuk udara. Mereka yang cuba melarikan diri tersungkur di atas jalan raya.... kanak-kanak, wanita dan semua,” penduduk tempatan Kumar Reddy, 24, memberitahu wartawan.

Pesuruhjaya polis tempatan RK Meena, berkata sehingga tengah hari kelmarin seramai 11 orang disahkan meninggal dunia.

B K Naik, penyelaras hospital daerah, berkata 1,000 orang pada mulanya dimasuk-kan ke hospital namun pada waktu tengah hari kira-kira 600 masih menerima rawatan, tidak ada yang kritikal.

“Ini adalah satu bencana,” Naik memberitahu AFP.

Gambar yang dirakamkan oleh AFP di Hospital King George di bandar pada awal hari itu menunjukkan dua atau tiga pesakit di atas setiap katil, ramai daripada mereka adalah kanak-kanak, dan beberapa orang yang tidak sedarkan diri.

Insiden itu mengimbau kembali salah satu bencana perindustrian yang paling dahsyat dalam sejarah apabila gas bocor dari sebuah loji racun perosak di bandar Bhopal di tengah India pada 1984.

Kira-kira 3,500 orang, kebanyakannya di pondok-pondok sekitar loji yang dikendalikan oleh Union Carbide, meninggal dunia dalam masa beberapa hari kemudian dan ribuan lagi pada tahun seterusnya. Penduduk masih lagi menderitai kesan susulannya sekarang.

“Saya berdoa untuk kese-lamatan dan kebajikan semua di Visakhapatnam,” kata Perdana Menteri Narendra Modi di Twitter.

Loji tersebut, diuruskan oleh LG Polymers, sebuah subsidiari LG Chem, terletak di pinggir bandar Visakha-patnam.

Bandar itu dan kawasan sekitarnya adalah tempat tinggal sekitar lima juta orang.

LG Chem dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Korea Selatan berkata “situasi kebocoran gas itu sekarang berada di bawah kawalan.”

Dalam satu kenyataan kemudian cawangan tempatan syarikat itu mengungkapkan “ucapan takziah tidak ter-hingga kepada mangsa yang terkorban serta ahli keluarga mereka”.

Ia berkata “keutamaan pentingnya” adalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan perubatan kepada mangsa, dan bahawa ia sedang membantu dalam satu siasatan mengenai insiden tersebut.

Loji itu tidak beroperasi disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan untuk membendung COVID-19, kata Swaroop Rani, pembantu pesuruhjaya polis di Visakhapatnam.

“Gas telah terbiar di sana akibat perintah kawalan pergerakan. Ia menyebabkan reaksi kimia dan haba panas terbentuk di dalam tangki, akibatnya gas itu bocor,” Rani memberitahu AFP.

Beliau berkata penduduk tempatan menghubungi pihak berkuasa kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan, memaklumkan terdapat gas di udara, dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian telah segera berundur kerana bimbang mengalami keracunan.

“Seseorang boleh merasakan gas dalam udara dan ia adalah mustahil bagi mana-mana daripada kami untuk berada di sana selama lebih dari beberapa minit,” jelasnya.

LG Chem mengesahkan loji, yang menghasilkan produk polisterin, tidak beroperasi akibat perintah kawalan pergerakan, namun terdapat kakitangan penyelenggaraan di bangunan tersebut, seorang jurucakap di Seoul memberitahu AFP.

Menurut Times of India, mangsa yang meninggal dunia termasuk seorang budak perempuan berusia lapan tahun, dan 5,000 orang yang jatuh sakit.

Penduduk mengadu me-ngalami masalah pernafasan, ruam dan sakit mata, tambahnya lagi.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar memakai pakaian lembab dan topeng hidung dan mulut, mengelak memakan makanan yang tidak ditutup dan memakan pisang serta susu untuk “meneutralkan kesan gas”.

Menurut Pusat Sains dan Alam Sekitar (CSE), gas itu adalah ‘styrene’, yang kemungkinan berkaitan dengan bahan penyebab barah dan digabungkan dengan oksigen di udara membentuk dioksida ‘styrene’ paling berbahaya.

Kebocoran berlaku di-sebabkan gas yang tidak di-simpan pada suhu yang sepa-tutnya, menyebabkan tekanan terbentuk dan memecahkan saluran, kata CSE.

Kontena itu juga “sudah usang dan tidak sesuai digunakan” serta tidak ada mekanisme pengawasan yang disediakan untuk mengesan styrene secara khusus, jelasnya lagi. — AFP

Advertisement