Anda di sini

Dua remaja maut dirempuh pikap

Advertisement
Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.
TERSADAI:Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

SERIAN: Dua remaja lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pikap di Jalan Serian By Pass di sini, malam kelmarin (Khamis).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak  Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 18 tahun dikenali sebagai Nick Noah Niklas dan Neavin Danny.

Menurutnya, semasa kejadian mereka menunggang sebuah motosikal iaitu sekitar jam 8.10 malam.

“Pikap tersebut bergerak di laluan kiri menuju ke Balai Ringin dan setiba di lokasi kejadian, pemandunya mendakwa terdapat dua motosikal melawan arus memaksa dia mengelak ke sebelah kanan lalu merempuh kedua-dua mangsa.

“Akibat rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan penunggang (Nick) yang meninggal dunia berasal dari Kampung Pasir, Jalan By Pass manakala pemboncengnya (Neavin) berasal dari Kampung Kakai, Serian.

“Siasatan telah dijalankan di lokasi kejadian, di mana percakapan saksi juga telah dirakam untuk membantu siasatan kita di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” kata Alexson.

Advertisement