Anda di sini

Barang keperluan di luar bandar mencukupi

Advertisement
 Anggota KPDNHEP Sarikei melakukan pemantauan barangan di kawasan luar bandar.
PANTAU: Anggota KPDNHEP Sarikei melakukan pemantauan barangan di kawasan luar bandar.

SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei memberi jaminan bekalan barang keperluan di luar bandar termasuk Julau dan Pakan mencukupi.

Ketua KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi berkata berdasarkan pemantauan mendapati barang keperluan di beberapa daerah di sini mencukupi bagi menampung keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi menjamin bekalan keperluan di luar bandar mencukupi, KPDNHEP melalui Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu Bersubsidi di luar bandar melantik ‘transpoter’ membuat penghantaran ke ‘Point of Sale’ (POS) kawasan tersebut.

“Antara barang tersebut ialah gula kasar, tepung gandum bersubsidi, minyak masak, beras, gas petroleum cecair (LPG), petrol dan diesel.

“KPDNHEP Sarikei mengenal pasti dan melantik beberapa kedai Peruncit Daerah Terpilih (DDR) mengikut kawasan Parlimen sebagai penanda aras bekalan keperluan mencukupi atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Mohamad turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh PKP ini KPDNHEP melakukan pemeriksaan setiap hari.

“Hasil pemeriksaan kita dapat simpulkan sehingga setakat ini peniaga akur dan mematuhi undang-undang ditetapkan kementeriaan.

“Melalui pemantauan ini kita mendapati tiada pembelian panik dilakukan di bahagian Sarikei setakat ini.

“Kerjasama masyarakat amat dialu-alukan terutama melaporkan sebarang kejadian berkaitan tindakan peniaga  menaikkan harga barangan sesuka hati.

“Bilik Gerakan KPDNHEP Sarikei dibuka jam 8 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan sebarang aduan boleh menghubungi talian KPDNHEP Sarikei 084-657751,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement