Anda di sini

Bakar botol pensanitasi tangan di hotel ketika dikuarantin

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana membakar botol pensanitasi tangan di sebuah hotel tempatnya dikuarantin di pusat bandar raya ini pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.15 pagi yang mana turut menyebabkan kebakaran kecil dan berjaya dipadamkan oleh kakitangan hotel.

"Laporan polis telah dibuat dan suspek kemudian ditangkap sebelum dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata suspek yang berumur 24 tahun merupakan orang di bawah pengawasan (PUS) yang dikuarantin sejak 2 hingga 15 Mei ini sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, sejak dikuarantin suspek dilaporkan berkelakuan ganjil, suka merayau, membuat kacau serta merosakkan barangan di dalam bilik penginapannya.

"Suspek (selepas ditangkap) dirujuk kepada KKM kerana dia dikatakan sering dalam kemurungan dan disyaki mempunyai masalah mental," jelas Awang.
 

  • oleh
  • Advertisement