Anda di sini

Perlu mohon permit pergerakan untuk rentas daerah di Sarawak - Aidi

Advertisement
 

KUCHING: Rakyat di Sarawak yang bukan bekerja di sektor penting masih perlu memohon permit pergerakan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bergerak merentasi daerah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, pergerakan dalam Sarawak merentasi daerah sama ada melalui darat, udara mahupun laut, perlu mendapat permit pergerakan daripada pihak PDRM.

"Orang awam masih lagi perlu memohon permit ini kerana Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) belum memberi kebenaran untuk pergerakan orang ramai merentas daerah.

"Jadi orang awam masih perlu membuat permohonan dibalai polis untuk pergerakan merentasi daerah," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tegasnya lagi, permohonan permit pergerakan bagi kes kecemasan sahaja akan diluluskan.

Aidi menjelaskan mereka yang mempunyai kebenaran seperti petugas sektor dibenarkan beroperasi seperti kakitangan kerajaan dan swasta yang diarahkan bertugas cuma perlu menunjukkan surat majikan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tiada tangkapan dilakukan sehingga hari ini yang memasuki hari keempat pelaksanaan penguatkuasaan PKPB.

Bagi sekatan jalan raya pula, katanya, jumlah dikurangkan kepada 55 lokasi di seluruh Sarawak sejak Isnin selepas PKPB diwartakan sebagai undang-undang yang perlu dikuatkuasakan oleh polis di seluruh negara.

  • oleh
  • Advertisement