Anda di sini

LAKMM teruskan usaha membantu keluarga miskin

Advertisement
 Wakil LAKMM menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang penerima di sekitar Miri, semalam.
SERAH SUMBANGAN: Wakil LAKMM menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang penerima di sekitar Miri, semalam.

MIRI: Sejumlah 141 keluarga telah mendapat manfaat daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Jurucakap LAKMM berkata, pihaknya telah bergiat aktif mengumpul dan menghantar bantuan keperluan asas kepada golongan yang amat memerlukan.

Setakat kelmarin pihaknya telah berjaya menyalurkan bantuan kepada 141 keluarga berpendapatan rendah yang terkesan dengan penularan COVID-19 dan PKP.

Menurutnya, antara bara-ngan yang diberikan kepada keluarga berkenaan ialah beras, tepung, gula, roti dan sebagainya.

“LAKMM menyantuni beberapa keluarga yang terputus bekalan makanan sejak PKP dan pada bulan Rama-dan, kami amat berharap bantuan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumbangan turut diagih-kan kepada pemohon di kawasan Senadin, Tudan, Permyjaya dan Kampung Pasir Lutong.

Sebelum ini, LAKMM juga telah menyalurkan bantuan sama kepada kakitangan LAKMM sendiri, pegawai masjid dan surau serta penjaga kubur seliaan LAKMM.

Menurut LAKMM, tidak semua keluarga bernasib baik dalam menghadapi PKP dan Perintah Kawalan Pergera-kan Bersyarat (PKPB) malah ada di kalangan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan kerana tiada punca pendapatan.

“Kami menyalurkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama, malahan senarai nama keluarga miskin ini kami perolehi daripada Tabung Baitulmal Sarawak serta informasi daripada orang ramai.

“Ada pemohon juga datang kepada kami menerusi laman sosial Facebook, kami bantu mereka yang benar-benar memerlukan agar beban keluarga ini dapat diringankan,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement