Anda di sini

UTC di seluruh negeri ditutup sehingga 12 Mei

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh Sabah akan terus ditutup sehingga 12 Mei 2020 selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 4.

Pengurusan UTC Sabah memaklumkan perkara itu dalam satu notis yang dikeluarkan pada laman Facebook UTC Sabah semalam.

Penutupan ini adalah selaras dengan pengumuman PKP fasa 4 oleh Perdana Menteri pada 23 April lepas dan keputusan Kerajaan Sabah untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Orang ramai terutamanya di negeri Sabah sekali lagi diingatkan untuk terus mematuhi PKP ini. Sekiranya perlu keluar dari rumah, amalkan kebersihan diri yang tinggi dengan selalu mencuci tangan menggunakan sabun atau pencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.
 
Pengumuman waktu operasi UTC Sabah selepas PKP berakhir akan diumumkan melalui laman FB Rasmi UTC Sabah.

  • oleh
  • Advertisement