Anda di sini

Pemuda PAS saran KPT tinjau SOP penghantaran pelajar Sabah

Advertisement
ZULZAIM
ZULZAIM

KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Sabah menyarankan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memantau secara jelas Prosedur Operasi Standard (SOP) penghantaran dan ketibaan semua pelajar Sabah yang balik dari IPT Semenanjung Malaysia dan Sarawak sehingga mereka yang balik selamat tiba di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Zulazaim Hilmee Abidin berkata, ini susulan kegelisahan daripada pelajar dan pihak waris yang mengadu mengenai SOP yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebaik sahaja mereka tiba di negeri ini agak mengelirukan terutama kepada pelajar dan pihak waris.

"Sekalipun Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu ini, pihak KPT perlu memantau secara dekat agar pelaksanaan SOP itu berjalan dengan rapi dan tidak mempunyai kelemahan yang jelas pada masa akan datang," katanya.

Selain itu katanya, keselesaan penempatan pusat kuarantin kepada pelajar yang bergejala juga perlu dipantau agar kebajikan mereka dapat ditingkatkan oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam urusan pengendalian pelajar ini agar tidak wujud dakwaan 'kluster kayangan'.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melalui Unit Pembangunan Mahasiswa juga akan memantau perkembangan semasa agar pelajar Sabah yang balik tidak menghadapi masalah serius dan tiba di kampung halaman masing-masing dengan lebih terjamin.


 

Advertisement