Anda di sini

SOP ketat PKP Bersyarat perlu dipatuhi pelbagai sektor ekonomi

Advertisement
ISMAR HAFIZ
ISMAR HAFIZ

SANDAKAN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dengan Tatacara Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi pembukaan semula sektor ekonomi secara beransur-ansur akan memulihkan semula ekonomi negara.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Libaran, Shariff Ismar Hafiz Sh. Abdul Rahman berkata kita perlu melihat kepada skop yang lebih besar di mana selain mengutamakan SOP kesihatan di tempat kerja, usaha memulihkan ekonomi dari pelbagai sektor juga amat penting selepas negara terjejas teruk ekoran PKP dilaksanakan.

“Negara kita Ini bukan negara yang maju. Kebergantungan negara masih tertumpu kepada beberapa sektor penting di dalam negara seperti kilang pembuatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menegaskan, sudah sebulan negara kita tidak dapat menjana pendapatan untuk menstabilkan ekonomi.

Oleh itu, Ismar Hafiz berkata PKP Bersyarat ini penting untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.

“Selain itu, akan membuka ruang sedikit kepada para peniaga kecil untuk mendapatkan pendapatan semula selepas terjejas sejak 18 Mac lepas,” katanya.

Beliau berkata inilah masanya kita sebagai rakyat Malaysia menunjukkan disiplin diri dan sikap ambil peduli terhadap sekeliling.

“Walaupun kerajaan sudah umum boleh lepak di kedai makan yang penting penjarakan sosial wajib dijaga. Tetapi, kita semua sudah mengetahui berisiko jangkitan, oleh itu lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga untuk diri sendiri yang mana hanya membeli makanan (tapau) dan terus balik ke rumah,” tegasnya.

Ismar Hafiz berkata kita sebagai rakyat Malaysia harus membantu dan menyokong usaha kerajaan hari ini.

“Kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk mendepani pandemik COVID-19 ini. Kita dengar dan ikutlah SOP yang kerajaan umumkan. InshaAllah semoga negara kita terus dilindungi dan sentiasa dlm rahmat Allah SWT,” katanya.

 

  • oleh
  • Advertisement