Anda di sini

40 keluarga menerima sumbangan

Advertisement
 Hazulizah menyampaikan sumbangan.
BANTUAN PRIHATIN: Hazulizah menyampaikan sumbangan.

SANDAKAN: Seranai 40 keluarga di sekitar Parlimen Batu Sapi telah menerima bantuan susu, pampers dan barangan dapur.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Naib Ketua Puteri Umno Batu Sapi, Hazulizah Md Dani bersama-sama dengan ahli jawatankuasa Puteri Umno  Batu Sapi.

Program susu ini termasuk di Zon Kepulauan dan Kampung Segaliud, Batu Sapi, Sandakan.

Menurut Hazulizah yang juga Ketua Puteri Umno Batu Sapi, 30 keluarga menerima sumbangan daripada Puteri Batu Sapi manakala 10 keluarga sumbangan daripada Puteri Umno Malaysia.

Beliau berkata pemberian susu diberikan  kepada mereka yang memerlukan di kawasan Batu Sapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya juga berharap mereka akan mematuhi PKP Fasa 4 untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini", katanya.


 

Advertisement