Anda di sini

Pelajar, individu pulang wajib jalani pencegahan di pusat kuarantin

Advertisement
WONG FOO TIN

SANDAKAN: Individu termasuk pelajar yang balik ke daerah Sandakan melalui penerbangan terus dari destinasi Kuala Lumpur atau Sarawak perlu menjalani beberapa langkah pencegahan penularan COVID-19 ditetapkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa-4.  

Pengerusi Operasi Bencana Daerah Sandakan yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wong Foo Tin berkata pelajar kolej atau universiti diwajibkan menetap di pusat kuarantin selama 14 hari menjalani ujian swab sampel 2 kali.

“Ujian swab sampel 2 kali iaitu pada hari pertama di pusat kuarantin dan hari ke-13 dan kedua-dua mesti berkeputusan negatif sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata mereka yang berasal dari daerah Sandakan atau menetap di sini, mereka diwajibkan ke pusat kuarantin PPR Batu Putih untuk membuat saringan kesihatan (swab test pertama) dan selepas melengkapkan alamat kediaman dan nombor telefon perhubungan.

“Mereka dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin 14 hari di rumah masing-masing. Swab kedua wajib dilakukan pada hari ke-13 di rumah (home quarantine) dan boleh dilakukan di Hospital HDOK atau Klinik Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata mereka yang berasal dari luar daerah Sandakan yang transit sahaja diwajibkan ke pusat kuarantin PPR Batu Putih untuk membuat saringan kesihatan dan ujian swab.

“Dan selepas melengkapkan alamat kediaman dan nombor telefon perhubungan, mereka dibenarkan pulang ke daerah masing-masing untuk menjalani kuarantin 14 hari di rumah masing-masing.

“Sampel kedua wajib diambil di daerah masing- masing melalui pejabat Kesihatan Daerah berkenaan,” katanya.

Manakala, Wong berkata pemeriksaan kesihatan menghadkan mereka yang boleh keluar daerah (termasuk mereka yang melakukan perkhidmatan pengangkutan penting yang membawa masuk barangan/perkhidmatan penting (Essential Services) dari luar Daerah).

“Hanya mereka yang tergolong dalam 4 kategori di bawah dibenarkan keluar dari daerah Sandakan iaitu pelajar kolej atau universiti,  ibu yang mengandung 34 minggu ke atas yang ingin lahirkan anak di kampung atau daerah lain di mana ibu bapa berasal luar daerah Sandakan.

“Mereka yang perlu mendapatkan rawatan perubatan lanjut di luar daerah Sandakan dan ibu selepas bersalin (dalam masa 30 hari postnatal) yang ingin balik ke rumah ibu bapa atau rumah mertua di luar daerah Sandakan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement