Anda di sini

Rakyat Jerman bantah sekatan

Advertisement
 Anggota polis bertelingkah dengan seorang penunjuk perasaan antisekatan COVID-19 di Berlin, kelmarin.  — Gambar AFP
TEGAS: Anggota polis bertelingkah dengan seorang penunjuk perasaan antisekatan COVID-19 di Berlin, kelmarin. — Gambar AFP

BERLIN: Pihak polis Jerman menahan puluhan penunjuk perasaan di Berlin kelmarin kerana melanggar langkah-langkah perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan ekoran novel koronavirus COVID-19, di mana mereka telah melakukan tunjuk perasaan untuk membantahnya.

Kira-kira 1,000 orang hadir pada protes tersebut yang telah menjadi acara mingguan di ibu negara Jerman itu.

Protes kelmarin menarik kebanyakan aktivis sayap kiri namun terdapat juga penyokong sayap kanan dan anggota kumpulan pinggiran lain.

Pihak polis meletakkan penghadang di sekitar dataran Rosa Luxemburg yang menjadi tumpuan penunjuk perasaan, menyebabkan para peserta protes akhirnya berkumpul di jalanan berhampiran.

Bantahan adalah tidak sejajar dengan peraturan yang dilaksanakan bagi menghalang penyebaran virus COVID-19, menurut polis di dalam Twitter, memberitahu mereka yang mengambil bahagian agar bersurai.

Sebahagian penunjuk perasaan memakai baju-T menuduh Kaunselor Angela Merkel mengharamkan kehidupan, sementara yang lain-lain hanya menyeru bagi kebebasan.

Segelintir membawa papan tanda yang mempunyai slogan seperti ‘Hentikan lobi farmaseutikal’.

Protes tersebut adalah tidak dibenarkan susulan keputusan bagi perintah kecemasan di Berlin melarang perhimpunan melebihi 20 orang.

Laman sesawang penganjur protes menyeru penamat kepada perintah darurat dan menafikan ancaman yang dibawa virus tersebut.

Orang awam yang berasa tidak puas hati dengan peraturan pengurungan perlahan-lahan semakin ramai bersuara di Jerman, seperti di negara-negara lain, walaupun populariti Merkel masih tinggi.

Beliau telah menerima pujian bagi pengurusannya dalam krisis kesihatan yang telah menyaksikan angka kematian COVID-19 di Jerman, 5,500 berdasarkan kepada statistik AFP, yang masih ketara lebih rendah berbanding Itali, Sepanyol, Perancis dan Britain di mana angka kematian telah meningkat kesemuanya melebihi 20,000.

Bantahan terhadap langkah perintah kawalan pergerakan telah diketuai pasukan pembangkang utama, pihak haluan kanan di parlimen Jerman.

Parti haluan kanan Alternatif untuk Jerman (AfD) menuduh kerajaan memperbesarkan risiko COVID-19 dan telah meminta pembukaan semua perniagaan dengan segera. — AFP

Advertisement