Anda di sini

Noel, Jimbun gembira pulang ke Sabah, Sarawak hujung April

Advertisement
 Noel (depan) dan Jimbun gembira dengan pengumuman kebenaran balik ke pangkuan keluarga.
GEMBIRA: Noel (depan) dan Jimbun gembira dengan pengumuman kebenaran balik ke pangkuan keluarga.

DENGKIL (Selangor): Sebaik mengetahui Perdana Menteri mengumumkan kebenaran kepada pelajar yang terkandas dalam kampus untuk balik ke pangkuan keluarga masing-masing, dua pelajar dari UiTM Dengkil merasa amat gembira.

Darrel Noel Lazarus dari Kg Bomboi Keningau yang belajar di Asasi Sains UiTM Dengkil berkata, setelah berada dalam kampus lebih sebulan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya kebenaran itu diumumkan.

"Akhirnya kebenaran itu tiba juga dan kini saya merasakan harapan tinggi untuk bertemu keluarga dan saudara mara," katanya yang menjangkakan dapat balik sebelum hujung April.

Jimbun Anak Ali dari Sibujaya Sibu Sarawak yang juga pelajar Asasi Sains di UiTM Dengkil turut melahirkan rasa gembira mendapat tahu kebenaran untuk mereka balik ke tempat asal diberikan.

"Pengumuman Perdana Menteri cukup menggembirakan kami kerana akan kembali ke pangkuan keluarga tercinta dan bertemu kawan-kawan di tempat asal," katanya.

Jimbun yang menjangkakan balik ke tempat asal sebelum akhir April turut melahirkan rasa syukur kerana rakan-rakan Muslim dapat balik dan boleh menunaikan ibadah puasa bersama keluarga tersayang.

Baik Noel mahupun Jimbun yang merupakan pelajar persendirian tanpa tajaan biasiswa berharap pandemik COVID-19 segera berakhir agar kehidupan rakyat di negara-negara terjejas kembali normal.



 

  • oleh
  • Advertisement