Anda di sini

Gamuda Land tampil serah bantuan kepada komuniti setempat

Advertisement
 Rakaman gambar kenangan daripada kakitangan Gamuda Land ketika dalam majlis penyerahan bantuan di Kg Pangasaan Inanam baru-baru ini.
KENANGAN: Rakaman gambar kenangan daripada kakitangan Gamuda Land ketika dalam majlis penyerahan bantuan di Kg Pangasaan Inanam baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Gamuda Land tampil melaksanakan tanggungjawab terhadap komuniti dengan menyerahkan bantuan-bantuan berupa makanan bagi meringankan beban masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus Besar Bukit Bantayan Residence Lim You Kuang berkata, pihaknya Gamuda Land telah turun padang membantu komuniti di seluruh negara.

"Gamuda Land  telah melaksanakan beberapa inisiatif di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan bebanan komuniti setempat.

"Pihaknya menyerahkan sumbangan bahan makanan seperti minyak masak, makanan kering serta banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, antara usaha yang dilaksanakan Gamuda Land adalah di Inanam. Sejumlah 130 keluarga di Kampung Pangasaan Inanam yang hilang pendapatan sepanjang tempoh PKP telah diberikan bantuan berkenaan.

Menurutnya, bantuan-bantuan yang diberikan itu diharapkan mampu menyediakan hidangan makanan kepada para penerima sekurang-kurangnya selama sebulan.

"Usaha ini mendapat kerjasama erat daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pangasaan Inanam," katanya.

Menurutnya, Gamuda Land juga telah melaksanakan usaha seumpamanya di pelusuk negeri di Malaysia khususnya kepada penduduk kampung, orang asli, komuniti berpendapatan rendah.

Turut diberikan sumbangan ialah pasukan polis memandangkan mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat negara ini.


 

  • oleh
  • Advertisement