Anda di sini

Kontraktor maut motosikal hilang kawalan terseret 29 meter

Advertisement
 Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.
MAUT: Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

TAWAU: Seorang kontraktor salah sebuah syarikat telekomunikasi maut apabila motosikal ditunggangnya terseret sejauh 29 meter akibat hilang kawalan dalam kemalangan di bulatan Jalan Air Panas, di sini.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi, mangsa, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Taman Semarak menghala ke Taman Sri Bukit Gudang 4.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas di jalan tersebut sebelum terseret ke dalam bulatan jalan.

"Mangsa disahkan meninggal oleh petugas Hospital Besar Tawau akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Peter berkata, mangsa tidak disyaki mabuk dan permukaan jalan juga rata, lampu jalan hidup namun cuaca semasa kejadian gelap.

"Polis masih menjalankan siasatan termasuk mengambil sampel darah mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement