Anda di sini

Kumpulan Pasaraya Servay sumbang PPE kepada petugas barisan hadapan

Advertisement
 Pasaraya Servay menyumbangkan PPE untuk enam hospital yang bertugas di barisan hadapan.
SUMBANGAN: Pasaraya Servay menyumbangkan PPE untuk enam hospital yang bertugas di barisan hadapan.

KOTA KINABALU: Mencegah lebih baik daripada mengubati, justeru masyarakat digesa mengutamakan kebersihan secara optimum seperti kerap mencuci tangan dan memakai penutup hidung dan mulut untuk melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan COVID-19 .

Servay Hypermarket (Sabah) Sdn Bhd, sebuah pasar raya yang terkenal di Sabah, menyumbangkan RM230,000 bantuan peralatan perubatan seperti pakaian perlindungan peribadi (PPE) kepada kakitangan frontliner yang sedang bertungkus-lumus menangani wabak COVID-19.

Terdapat enam hospital yang akan mendapat manfaat, antaranya Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Hospital Keningau, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Lahad Datu, Hopsital Besar Tawau dan Hospital Miri.

Peralatan ini baru saja tiba di bahagian logistik Servay dan akan dihantar terus kepada enam hospital berkenaan.

Jurucakap Servay mengatakan bahawa sumbangan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

Pihak syarikat ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada frontliner dan berharap sumbangan ini dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

"Kami bekerja untuk anda, anda tinggal di rumah untuk kami," katanya pihak syarikat itu.


 

Advertisement