Anda di sini

Sebuah bangunan kedai musnah terbakar

Advertisement
 Aras bawah bangunan musnah.
MUSNAH: Aras bawah bangunan musnah.

LAHAD DATU: Sebuah bangunan kedai dua tingkat musnah dalam insiden kebakaran di Bandar Sri Perdana, di sini, semalam.

Kejadian yang memusnahkan 100 peratus bahagian aras bawah bagunan itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataannya berkata panggilan kecemasan diterima jam 7.10 pagi dan sepasukan 12 anggota bergegas ke lokasi yang terletak lima kilometer dari balai.

Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Darren John, tiba di lokasi dan beroperasi menggunakan kekuatan logistik sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender, sebuah jentera Kecemasan LFRT, sebuah Water Tanker dan sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services.

Kebakaran bangunan jenis kekal berkeluasan 30’x40’ itu dapat dikawal jam 7.37 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 8.17 pagi.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement