Anda di sini

Kota Kinabalu masih berstatus Zon Jingga

Advertisement
 Daerah Kota Kinabalu masih berstatus Daerah Zon Jingga.
JINGGA: Daerah Kota Kinabalu masih berstatus Daerah Zon Jingga.

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyiarkan warna jingga di Kota Kinabalu di dalam paparan Kes COVID-19 Mengikut Mukim Zon Pantai Barat.

Siaran peta terbabit menunjukkan Kota Kinabalu yang mencatatkan 43 kes positif dan 18 kes sembuh masih berada pada tahap Daerah Zon Jingga bukannya Daerah Zon Merah.

Daerah Tawau kekal menjadi satu-satunya daerah yang diletakkan di dalam Zon Merah, manakala Lahad Datu pula ditanda sebagai Daerah Zon Jingga seperti Kota Kinabalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata kod warna yang mengkategorikan daerah dibahagikan kepada empat iaitu merah, jingga, kuning dan hijau.

“Penilaian dibuat berdasarkan bilangan kes yang dilaporkan dan kod warna ini dikaitkan dengan aktiviti kawalan atau pencegahan COVID-19,” katanya, di sini.

Mengulas lanjut, Dr Christina berkata JKNS melaksanakan pengesanan kes secara aktif di daerah yang dikategorikan sebagai Zon Merah termasuk ‘targeted mass screening’.

 Perkara itu juga termasuklah pemantauan kendiri oleh orang perseorangan, keluarga dan majikan untuk memastikan setiap anggota masyarakat memainkan peranan bersama.

Menyentuh hal berasingan, beliau berkata terdapat 42 orang ditempatkan di 24 Pusat Kuarantin seluruh Sabah sehingga 16 April menjadikan kumulatif seramai 733 orang .

“Seramai 59 orang juga baharu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, sekaligus menjadikan kumulatif discaj kuarantin sehingga 15 April seramai 1, 069 orang,” katanya.
 
Berdasarkan data Ciris Preparedness and Response Centre (CPRC) JKNS juga, seramai 6, 701 orang kini dalam pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin dari rumah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 Statistik oleh CPRC JKNS menunjukkan taburan jumlah mereka yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin dari rumah di seluruh Sabah.
PENGAWASAN: Statistik oleh CPRC JKNS menunjukkan taburan jumlah mereka yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin dari rumah di seluruh Sabah.

Jumlah teramai direkodkan di Papar melibatkan 1,608 orang, diikuti Tawau (956), Kota Kinabalu (920), Penampang (748), Kunak (396), Keningau (297) dan Beaufort (271). 

Untuk rekod, berdasarkan indikator yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Zon Merah ditakrifkan sebagai kawasan dengan bilangan lebih 41 kes positif.

Zon Jingga pula meliputi kawasan dengan 21 - 40 kes, Zon Kuning melibatkan satu - 20 kes, manakala Zon Hijau merujuk kawasan yang tidak merekodkan sebarang kes positif.

  • oleh
  • Advertisement