Anda di sini

Bekalan makanan mencukupi

Advertisement
 Tun Juhar disambut oleh Shafie dan Syed Abas sejurus tiba di perkarangan DUN.
KETIBAAN: Tun Juhar disambut oleh Shafie dan Syed Abas sejurus tiba di perkarangan DUN.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat saat dilanda keadaan tidak menentu akibat cabaran global.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, seiring matlamat itu juga Kerajaan Negeri akan mengukuhkan lagi sektor pertanian menerusi penggunaan teknologi moden.

“Langkah ini diambil bertujuan menambah produktiviti, pembangunan kajian dan penyelidikan, latihan, akreditasi dan program berkaitan amalan pertanian terbaik.

 

“Negeri Sabah bakal menjadi hab makanan di rantau Asia terutama sekali memenuhi keperluan permintaan tinggi dari pasaran besar dunia seperti Negara China,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian dalam ucapan dasar kerajaan sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, di sini.

Menurutnya, peranan penting sektor pertanian itu diiktiraf Kerajaan Negeri termasuk menyediakan peluang perniagaan, pekerjaan dan bahan mentah kepada sektor pembuatan.

"Kerajaan Negeri juga menyediakan Rangka Tindakan Pertanian Sabah 2021-2030 yang menjadi panduan dalam membangunkan sektor pertanian terancang selama 10 tahun.

“Tumpuan diberikan kepada pembangunan potensi pertanian yang belum diteroka dan pelaksanaan pelbagai program pertanian, perikanan, akuakultur serta penteranakan.

“Kerajaan Negeri akan beralih daripada kebergantungan kepada hanya satu pertanian seperti kelapa sawit kepada kepelbagaian dan pengeluaran tanaman,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement