Anda di sini

'Usah sekadar meminta bersabar, ikhtiar selesaikan masalah'

Advertisement
 

SIBU: Pihak berkenaan termasuk wakil rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan tidak menggunakan perkataan 'perlu bersabar' atau 'reda' sebagai pelindung jika gagal menunaikan keperluan rakyat.

Pengerusi Pemansang Raban Nembiak Rebak Baru (PRNB) Pakan Julau, Tedung Gunda (gambar) berkata mereka tidak boleh meletakkan bebanan kegagalan mereka kepada rakyat dengan hanya bersandarkan alasan kerajaan sentiasa berusaha untuk meringankan kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Katanya, rakyat berasa kesal dan muak apabila masalah mereka tidak diatasi sehingga menyusahkan penduduk terutamanya warga emas.

"Apakah harapan rakyat terhadap pemimpin mereka yang dipilih sebagai wakil menerusi sistem pilihan raya...sudah tentu mereka mahukan wakil mereka responsif terhadap segala keperluan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom meminta warga kawasannya bersabar menempuh kepayahan ketika memohon kebenaran keluar daerah daripada polis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mawan ketika mengulas mengenai laporan yang memaparkan warga Pakan berbaris panjang memohon permit kebenaran keluar daerah daripada polis untuk membeli barangan keperluan di Sarikei, sebagai kepayahan sementara dan demi keselamatan masyarakat umum.

Menurut Tedong, rakyat tidak lagi boleh bersabar dengan wakil rakyat mereka yang lambat bertindak, sedangkan mengetahui bahawa kemudahan seperti perkhidmatan Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan stesen minyak sangat diperlukan.

Ketika ini ujar beliau, penduduk di daerah itu terpaksa ke bandar Sarikei yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Pakan.
 

  • oleh
  • Advertisement