Anda di sini

Pembukaan kedai perkakasan perlu diperluas

Advertisement
WALTER
WALTER

LABUAN: Pembukaan kedai perkakasan dua kali seminggu amat dialu-alukan namun pekedai perlu melengkapkan prosedur keselamatan untuk pelanggan yang datang membeli perkakasan bekerja. 

Kontraktor Walter Philip Michael Panggang bagaimanapun berkata, pihaknya difahamkan operasi kedai perkakasan hanya terhad kepada penjualan yang terhad yang tidak melibatkan bekalan dalam kuantiti yang banyak.

"Manakala operasi kedai perkakasan dua kali seminggu membataskan bekalan perkakasan untuk kontrak bidang kerja seperti penyelenggaraan dan pembersihan," katanya.

Menurut Walter, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan merupakan bidang yang dibenarkan beroperasi berterusan hanya dihadkan masa bekerja dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

"Dalam melaksanakan pekerjaan setiap hari, pihak kontraktor menerima permintaan peralatan perkakasan dari kalangan pekerja untuk memperbaiki kerosakan yang dialami," katanya.

Walter menjelaskan, pihak kontraktor berhadapan masalah memperoleh alat perkakasan pada hari-hari ketika kedai perkakasan tidak dibuka kerana perkakasan yang diperlukan tiada dijual di kedai runcit dan pasaraya.

Beliau juga berharap kedai perkakasan dapat menyediakan prosedur penjagaan penularan COVID-19 kepada pelanggan yang datang berurusniaga bagi memastikan tidak berlaku risiko jangkitan.

KINBIAN
KINBIAN

Sementara itu pengusaha bengkel kenderaan, Kinbian Janeu menyatakan pembukaan kedai perkakasan sepatutnya diperluaskan kerana berlaku masa-masa kecemasan untuk mendapatkan bekalan perkakasan.

Kinbian mengambil contoh tentang kes paip rumah bocor yang memerlukan pembaikan serta-merta bagi mengelak pembaziran air akibat kebocoran dan memenuhi keperluan air untuk kehidupan harian.

  • oleh
  • Advertisement