Anda di sini

NGO tampil hulur sumbangan kepada golongan asnaf

Advertisement
 Anggota Gerakan Dapur Surga Daerah Beaufort Humul Hasfinah ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang golongan asnaf di daerah Beaufort.
GOLONGAN SASAR: Anggota Gerakan Dapur Surga Daerah Beaufort Humul Hasfinah ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang golongan asnaf di daerah Beaufort.

BEAUFORT: Walaupun baru ditubuhkan, Gerakan Dapur Syurga Komuniti As-Salam dengan kerjasama Ahli Khidmat Adam Sabah terpanggil turun padang bagi membantu masyarakat terutamanya golongan asnaf yang terkesan dengan virus COVID-19.

Pengerusi Komuniti As-Salam Daerah Semporna Habib Mohd Faizal Habib Yussoff berkata, badan berkenaan pada mulanya hanya bergerak di daerah Semporna, bagaimana pun adanya penyertaan serta keperluan ianya telah di gerakkan ke berapa buah daerah antaranya Kudat, Kota Kinabalu dan Beaufort.

"Kita sedar kerajaan telah menyediakan bantuan bagaimanapun ianya masih tidak mencukupi dan ada golongan sasar terlepas pandang terutamanya yang tinggal di luar bandar justeru sumbangan ini sebagai usaha membantu golongan yang terlepas pandang ini untuk menerima bantuan," katanya.

Menurut Habib Mohd Faizal setakat ini sebanyak 800 orang keluarga di daerah Semporna, Kudat, Kota Kinabalu dan Beaufort telah menerima sumbangan itu yang berupa keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula, kopi, minyak telur dan makanan ringan.

Ditanya sumber kewangan badan itu untuk membeli keperluan makanan yang disumbangkan Habib Mohd Faizal berkata ianya merupakan sumbangan dari orang ramai dan badan itu hanya menyelaraskan dan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada golongan sasaran yang telah dikenalpasti.

"Kami mengharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan, di samping itu, kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang tunai dari badan badan korporat dan orang  perseorangan bagi tujuan untuk membeli makanan asas ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement