Anda di sini

ML Trading Company sumbang satu tan beras

Advertisement
 Lau (empat kiri) secara simbolik menyerahkan 100 kampit beras kepada Suhaili sambil disaksikan Theng (kanan) dan yang lain.
TERIMA KASIH: Lau (empat kiri) secara simbolik menyerahkan 100 kampit beras kepada Suhaili sambil disaksikan Theng (kanan) dan yang lain.

SIBU: Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebuah syarikat pembekal beras menyumbang satu tan beras untuk diagihkan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan di sekitar bahagian Sibu.

Sumbangan disampaikan Pengarah ML Trading Company Lau Sie Chiong kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) yang diwakili Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed di Sibu, semalam.

Sumbangan adalah dalam bentuk 100 kampit beras 10 kilogram.

Kapitan Theng Swee Ming yang turut hadir pada penyerahan sumbangan itu berkata, pihak ML Trading Company telah menemuinya dengan niat untuk menyumbang sebanyak 100 kampit beras.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak JPBBS yang dipertanggungjawabkan kerajaan untuk mengagihkan bantuan kepada orang ramai.

“Kita berterima kasih kepada Lau kerana bermurah hati untuk menderma satu tan beras kepada rakyat yang memerlukan.

“Diharapkan lebih banyak syarikat di luar sana akan tampil mencontohi langkah mulia yang diambil syarikat ML Trading Company,” katanya.

Advertisement