Anda di sini

KOPGUM agih 600 pek makanan di 13 kampung Parlimen Libaran

Advertisement
 Amir Aris (kanan) menyampaikan sumbangan misi kemanusiaan kepada sebahagian penduduk Kampung Sinar Harapan Batu 24.
BANTUAN: Amir Aris (kanan) menyampaikan sumbangan misi kemanusiaan kepada sebahagian penduduk Kampung Sinar Harapan Batu 24.

SANDAKAN: Persatuan Komuniti Prihatin Gum Gum (KOPGUM) telah mengagihkan 600 pek makanan kering kepada penduduk di 13 buah kampung dalam Parlimen Libaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lepas.

Pengerusi KOPGUM, Amir Aris Mohd Basir berkata seramai 600 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima barang keperluan asas bagi meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan serta terjejas sepanjang tempoh PKP.

“Misi kemanusiaan COVID-19 disampaikan kepada penduduk di 13 buah kampung iaitu  Kampung (Kg.) Gum-Gum, Kg. Pyon Batu 17, Kg. Koko 2, Kg. Baru Batu 18, Batu 19, Batu 20, Kg. Sinar Harapan Batu 24, Batu 25, Kg. Kitagas Batu 26, Kg. Jawa, Kg. Sibuga Besar, Kg. Tinusa 2 dan Kg. Pengiran Batu 7,” katanya.

Beliau berkata misi kemanusiaan berbentuk pek makanan asas ini diagihkan kepada penduduk di kampung-kampung terbabit tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf kewarganegaraan.

“Pihaknya sampaikan misi kemanusiaan itu untuk membantu penduduk terjejas sepanjang PKP yang berhadapan kesempitan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” jelasnya.

Beliau berkata tumpuan pihaknya memberi perhatian dalam usaha membantu dalam misi ini kerana mereka mengalami kesukaran dalam meneruskan kelangsungan hidup ekoran tidak dapat bekerja sepanjang PKP.

Dalam pada itu, Amir memberitahu misi kemanusiaan ini dijalankan oleh KOPGUM adalah melalui hasil dana yang telah didermakan oleh pihak perseorangan yang prihatin.

“Semua penyerahan kebanyakkan dibuat di pusat pengumpulan misi kemanusiaan di kediaman saya di Batu 16,” katanya.

Belau menyeru agar mana-mana pihak sama ada badan bukan kerajaan, pihak swasta atau individu berkemampuan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada penduduk kampung terjejas PKP yang tiada pendapatan tetap.

  • oleh
  • Advertisement