Anda di sini

Sedia tempat kuaratin lebih selamat

Advertisement
 Ali Dad (kanan) bersama seorang rakan di lokasi Kuaraantin di Tawau.
LOKASI KUARANTIN: Ali Dad (kanan) bersama seorang rakan di lokasi Kuaraantin di Tawau.

TAWAU: Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa menyediakan tempat kuarantin yang lebih baik dan selamat supaya penularan COVID-19 dapat dicegah dan rantaiannya dapat dihentikan.

“Jumlah kami ramai. Sepatutnya KKM memastikan setiap orang diberikan satu bilik, yang mempunyai kamar mandi, tandas agar lebih selamat,” kata Haji Ali Dad Fazal Elahi, Ketua Rombongan Jemaah Tabligh dari Beaufort yang menghadiri Ijtima’ Tabligh Akbar Dunia Zon Asia 2020 di Pakatto tetapi kini sedang di kuarantin di IPG Balung.

“Sebaliknya kami terpaksa menggunakan kamar mandi dan tandas yang sama. Ini membahayakan kami,” katanya yang pernah mengalami dua kali serangan strok minor pada tahun 2013.

Menurutnya, pada mulanya tidak ada peserta dari ijtima’ di Pakatto yang positif COVID-19.

“Kami balik dari Pakatto seramai 12 orang, bukan sembilan orang. Tiga orang sudah pulang, dua positif COVID-19 selepas seminggu manakala seorang lagi positif selepas 20 hari. Jadi kami yang enam orang, kini sudah 24 hari dikuarantin di IPG Balung.

“Kami rasa kecewa kerana ada orang yang baru datang dibenarkan pulang sementara kami masih tunggu. Mahu 'test’ lagi. Sepatutnya semua diuji kerana berada di tempat yang sama, satu kawasan dan sering juga berjumpa. Kenapa ada pilih kasih,” kata Ali Dad ketika menghubungi Utusan Borneo.

Mengenai dakwaan pihak tertentu kononnya sembilan orang kembali ke Tawau dari himpunan keagamaan di Indonesia sah positif COVID-19 seperti yang tersiar di media sosial, beliau menafikan dan menyatakan berita itu tidak benar.

"Itu cerita tidak betul. Warga asing yang  enam orang itu tidak pergi ke Indonesia. Mereka seramai 12 orang dari Semporna, enam lelaki enam wanita jemaah tabligh dari Pakistan.  

"Ketika mereka 'check' di Semporna semuanya negatif. Selepas dikuarantin di IPG Balung, bercampur dengan jemaah yang menghadiri himpunan Sri Petaling, orang Terengganu, akhirnya ada tiga orang didapati positif. Warga asing, dua lelaki empat perempuan itu diuji positif sewaktu mereka dikuarantin di IPG Balung,” katanya.

Beliau mengesyaki perkara itu berlaku kerana mereka menggunakan kamar mandi dan tandas yang sama.

Ali Dad juga mempersoalkan mengapa tiga orang yang baru datang boleh pulang sedangkan kami dua minggu lebih awal dari mereka masih dikuarantin. Padahal dua kali saringan, kami negatif. Itu yang menghairankan.
 
Beliau menggesa agar kerajaan khususnya KKM memberikan tempat kuarantin yang lebih baik dan selamat supaya pesakit boleh pulih dan sembuh seperti sedia kala dan bebas jangkitan COVID-19.

Menurutnya, kerajaan menyediakan 472 lokasi kuarantin COVID-19 termasuk hotel tiga bintang tetapi lokasi kuarantin di IPG Balung perlulah ditingkatkan agar individu yang dikuarantin tidak terdedah kepada jangkitan virus berbahaya itu..

  • oleh
  • Advertisement