Anda di sini

Pemandu lori ais ditahan ingkar arahan PKP

Advertisement
 Video tular perbuatan pemandu terbabit membuka penghadang jalan yang sah.
SALAH: Video tular perbuatan pemandu terbabit membuka penghadang jalan yang sah.

TAWAU: Pemandu lori ais ditahan selepas didapati bersalah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana membuka penghadang jalan di Batu 3 Jalan Apas kira-kira jam 1.30 petang, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, perbuatan lelaki, 32, itu tular di aplikasi WhatsApp sebelum pihaknya menerima laporan kejadian itu di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Batu 2 1/2 Jalan Apas pada hari yang sama.

"Pihak polis berjaya mengesan syarikat pembekal ais terbabit sebelum suspek berjaya ditangkap. Hasil siasatan, suspek juga mengaku salah kerana telah membuka penghadang laluan itu untuk membuat pusingan 'U' ke arah Megah Jaya," katanya dalam kenyataannya, di sini.

Menurutnya, kesalahan itu disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2020.

"Suspek juga disiasat dibawah Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak mematuhi arahan polis dengan melanggar arahan SJR yang telah dibuat di kawasan berkenaan," katanya.

Peter berkata, semakan rekod suspek juga mendapati terdapat tiga saman kesalahan trafik yang belum dibayar atas nama suspek manakala kenderaan terbabit bersih daripada sebarang saman trafik.

  • oleh
  • Advertisement