Anda di sini

Sarawak tertinggi amalkan langkah pencegahan COVID-19

Advertisement
 Syed Afzal Wan Mohamad mengamalkan amalan pencegahan COVID-19 dengan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun.
PENCEGAHAN: Syed Afzal Wan Mohamad mengamalkan amalan pencegahan COVID-19 dengan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun.

MIRI: Penduduk negeri Sarawak mencatatkan peratusan paling tinggi dalam mengamalkan langkah pencegahan ketika wabak COVID-19 melanda negara ini diikuti Johor dan Kedah.

Manakala Sabah dan Pulau Pinang pula merekodkan peratusan paling kurang dalam mengamalkan amalan pencegahan tersebut.

Data tersebut diperolehi menerusi kajian tinjauan awal yang dijalankan kumpulan penyelidik Komunikasi Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka dan turut melibatkan Quality Use of Medicines in Umrah and Hajj Pilgrimage Research Group (QUMPRG) Taibah University, Madinah, Arab Saudi.

Kajian awal ini menggunakan kaedah ‘convenient sampling’ atau pensampelan mudah iaitu dengan menjalankan edaran soal selidik menerusi media sosial.

Penyelidiknya Dr Abdul Rauf Ridzuan berkata, apabila merujuk kepada sumber semasa daripada outbreak.my, Sarawak dan Johor mencatat jumlah kematian tertinggi.

“Hasil kajian melihatkan negeri yang mengalami kematian tertinggi ini memberi impak positif atau kesedaran kepada tingkah laku amalan pencegahan COVID-19 yang lebih baik.

“Jadi saya yakin rakyat Sarawak lebih berhati-hati dalam percubaan mencegah wabak COVID-19 ini seperti membasuh barang yang telah dibeli, membersihkan diri setelah keluar dari rumah dan sentiasa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo menerusi aplikasi Messenger di sini, semalam.

ABDUL RAUF
ABDUL RAUF

Dalam pada itu, kajian itu melibatkan keseluruhannya 1,320 responden dan daripada jumlah itu, 82.5 peratus rakyat Malaysia mengamalkan amalan pencegahan.

Kajian itu mendapati golongan perempuan lebih mengamalkan amalan pencegahan berbanding lelaki.

Malah data juga menun-jukkan golongan bercerai tertinggi dalam amalan pencegahannya diikuti mereka yang berkahwin dan bujang.

Amalan pencegahan juga adalah tertinggi dalam kala-ngan suri rumah, pekerja sektor awam, swasta, pe-nganggur dan pelajar.

Dari segi peringkat umur pula, 51 tahun ke atas adalah paling tinggi mengamalkan pencegahan diikuti mereka yang berusia dari 41 hingga 50 tahun, 31 hingga 40 tahun dan bawah 30 tahun.

Manakala dari segi pe-nempatan, golongan bandar lebih mengamalkan amalan pencegahan diikuti pinggir bandar dan luar bandar.

Selain itu, kajian juga mengenal pasti golongan isi rumah berpendapatan tinggi (T20) merupakan tertinggi dalam amalan pencegahan diikuti golongan pertengahan (M40) dan golongan berpendapatan rendah (B40).

Di samping itu, dari segi kaum mendapati India dan Cina lebih mengamalkan amalan pencegahan diikuti Melayu dan kaum lain.

  • oleh
  • Advertisement