Anda di sini

Pusat Khidmat Parlimen Igan tangani agihan makanan di DUN Daro, Jemoreng

Advertisement
 Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut membantu kerja-kerja penghantaran bantuan makanan ke kampung dalam DUN Daro dan Jemoreng.
SEGERA: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut membantu kerja-kerja penghantaran bantuan makanan ke kampung dalam DUN Daro dan Jemoreng.

MATU: Pusat Khidmat Parlimen Igan akan meng-urus dan meneruskan penghantaran bekalan makanan ke kampung di kawasan DUN Daro dan Jemoreng.

Kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan kakitangan Pusat Khidmat Igan yang dibantu kakitangan Pusat Khidmat DUN Daro mengikut senarai penerima yang telah disediakan Jawatankuasa Bencana Daerah Matu dan Daro.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi ketika dihubungi pemberita semalam memberitahu, segala perolehan bekalan barangan makanan untuk Parlimen Igan telah dibekal dan di-uruskan Jabatan Kebajikan Mukah melalui peruntukan Ahli Parlimen.

“Kami berusaha membuat penghantaran secepat mungkin walaupun menghadapi berbagai cabaran semasa Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP) ini.

“Antara masalah yang dihadapi adalah ketiadaan beberapa bekalan makanan di pasaran ketika ini seperti beras kampit lima kilogram.

“Oleh itu, beberapa tindakan telah diambil bagi mempercepatkan penghantaran makanan,” jelasnya.

Beliau berharap mereka yang masih belum menerima bantuan makanan tersebut supaya bersabar.

“Kami akur beberapa kampung lagi yang belum menerimanya.

“Pihak Pusat Khidmat Igan, Pusat Khidmat DUN Daro dan DUN Jemoreng serta Jawatankuasa Bencana Daerah Matu dan Daerah Daro sedang melakukan yang terbaik untuk semua.

“Didoakan semoga Allah SWT memudahkan urusan ini dan kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT dan dijauhi daripada penyakit COVID-19,” ujarnya.

Advertisement