Anda di sini

Tahap pematuhan PKP Capai 97.03 peratus

Advertisement
 Safie (dua dari kiri) berbincang dengan Zaini (kanan), Hafizuddeain (tiga dari kiri) semasa mengadakan lawatan ke SJR Jln Kepayan.
BINCANG: Safie (dua dari kiri) berbincang dengan Zaini (kanan), Hafizuddeain (tiga dari kiri) semasa mengadakan lawatan ke SJR Jln Kepayan.

KOTA KINABALU: Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di Sabah kini mencapai 97.03 peratus.

Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal berkata, kadar  pematuhan PKP fasa dua menunjukan peningkatan dan membuktikan kerjasama daripada orang ramai dala usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Penigkatan pematuhan ini menunjukan orang ramai jelas mengenai wabak COVID-19 dan memberi kerjasama dalam membendung penularannya.

“Tujuan pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan adalah untuk membendung penularan wabak serta memastikan agar masyarakat terhindar dari dijangkiti.

“PKP ini bukan sahaja dilaksana di negara kita malah seluruh dunia, kerana jangkitan COVID-19 berjaya dikawal melalui kaedah ini,” jelas beliau. 

Shafie ditemui ketika menyantuni petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kepayan, pada Selasa. 

 Anggota Polis serta Tentera berkerjasama melaksanakan tugas di SJR Kepayan.
KAWAL: Anggota Polis serta Tentera berkerjasama melaksanakan tugas di SJR Kepayan.

Bagi pihak kerajaan negeri, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota barisan hadapan yang terlibat dalam memikul tanggungjawab serta sanggup mempertaruhkan keselamatan diri mereka demi keselamatan orang ramai.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meyampaikan 200 unit penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman dan sarung tangan getah untuk kegunaan para anggota dan pegawai yang bertugas di SRJ tersebut. 

Turut mengiringi beliau, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, Briged Kelima Infantri, Brig Jen Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji.

  • oleh
  • Advertisement